Tag Archive | "Masalah tidak serah Borang 9 ganggu AGM cawangan Umno b"

Masalah tidak serah Borang 9 ganggu AGM cawangan Umno babitkan 3 negeri

Tags:


(Mutakhir) PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku wujudnya masalah tidak mengemukakan Borang 9 kepada Pendaftar Pertubuhan sejak lima tahun lalu, yang hampir melumpuhkan kesemua 23 cawangannya daripada mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) kali ini.

Bagaimanapun kata beliau, masalah tersebut telah diselesaikan, sekali gus membolehkan AGM kesemua 23 cawangan itu diadakan secara berperingkat mulai esok.

“Masalah itu (Penyata Tahunan) telah diselesaikan minggu lalu. Cawangan-cawangan dalam Putrajaya boleh mula bermesyuarat esok,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online pagi ini.

“Semua cawangan telah pun menghantar maklumat-maklumat yang berkaitan kepada Pendaftar Pertubuhan seperti yang diarahkan,” katanya.

Semalam mStar Online difahamkan (sila ikuti BERITA TERDAHULU di bawah) cawangan-cawangan tersebut menghadapi masalah untuk mengadakan AGM berikutan kegagalan mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan setiap tahun.

Masalah itu berlarutan sejak Bahagian Umno Putrajaya dibentuk lima tahun lalu.

Bahagian Umno Putrajaya merupakan antara entiti terbaru dalam struktur Umno sejak persempadanan semula bahagian pilihan raya diguna pakai sejak 2003.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengakui bahawa cawangan-cawangan dalam bahagiannya tidak pernah mengemukan Penyata Tahunan seperti yang disyaratkan kepada semua pertubuhan.

“Memang benar, perkara ini timbul kerana ketua-ketua cawangan terlepas pandang mengenai perkara ini,” katanya.

Selain itu, Setiausaha Agung Umno itu berkata, beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua bahagian di seluruh negara agar memastikan kesemua cawangan mematuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan.

Adnan juga memaklumkan beliau turut menerima aduan yang sama dari beberapa negeri seperti Perak dan Kedah mengenai kegagalan beberapa cawangan mengemukakan Penyata Tahunan.

Dalam pada itu, beberapa cawangan Bahagian Putrajaya yang dihubungi mempertahankan pihaknya ada mengemukakan penyata tahunan kepada sekretariat bahagian.

Ketua Cawangan Bunga Pakma, Tengku Bidin Tengku Jusoh menafikan cawangannya tidak pernah mengemukakan penyata tahunan dan turut tersenarai dalam 23 cawangan berkenaan.

Kata beliau, setiap tahun cawangannya memanjangkan laporan tahunan kepada pengurusan bahagian dan oleh itu tidak pasti mengapa wujud masalah tersebut.

“Cawangan saya hantar penyata tahunan setiap tahun. Cawangan lain saya tidak pasti,” kata beliau sambil menambah, cawangannya yang mempunyai 130 ahli akan mengadakan mesyuarat tahunan pada 30 Julai ini.

BERITA TERDAHULU:

Tiada penyata, 23 cawangan Umno Putrajaya hadapi masalah adakan AGM

PETALING JAYA: Kesemua 23 cawangan dalam Bahagian Putrajaya, antara bahagian terbaru dalam struktur Umno, dipercayai berhadapan dengan ’masalah’ untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing ekoran kegagalan mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut sumber Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, kesemua cawangan dalam Umno Putrajaya tidak menghantar Borang 9 seperti yang disyaratkan, sejak lima tahun lalu.

“Sememangnya mereka tidak mengemukakan Borang 9 itu sejak awal lagi,” katanya yang enggan dikenali.

Sumber itu enggan mengulas lanjut mengenai tempoh ‘sejak awal lagi’ yang dimaksudkan.

mStar Online difahamkan tempoh itu melibatkan sejak Bahagian Putrajaya mula ditubuhkan.

Difahamkan soal menghantar Borang 9 kepada Pendaftar Pertubuhan biasanya diuruskan oleh sekretariat bahagian.

Di bawah peruntukan Akta Pertubuhan, sesebuah pertubuhan akan berhadapan dengan masalah - tidak sah jika gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Borang 9 adalah maklumat yang perlu diberi setiap tahun oleh pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar mengikut Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

Antara maklumat yang perlu dinyatakan dalam borang berkenaan ialah minit mesyuarat agung tahunan, salinan penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira untuk tahun kewangan, penjelasan mengenai harta tak alih yang dimiliki pertubuhan dan penjelasan mengenai sebarang wang, harta, faedah atau keuntungan yang diterima oleh pertubuhan.

Jabatan Pendaftar Pertubuhan akan menghantar notis 30 hari mengikut Seksyen 14(2) bagi meminta sesuatu pertubuhan itu mengemukakan Borang 9 jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh setahun.

Jika masih gagal mengemukakan borang tersebut dalam tempoh itu, maka notis pembatalan atau bubar sementara berdasarkan Seksyen 14(5) akan dikemukakan kepada pertubuhan berkenaan.

Bagaimanapun Setiausaha Umno Bahagaian Putrajaya, Syokri Shafee ketika dihubungi berkata, kesemua 23 cawangan itu akan mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti dijadualkan mulai Sabtu ini.

“Tiada apa-apa masalah mengenai itu (Penyata Tahunan). Cawangan-cawangan dalam  Putrajaya akan mula bermesyuarat pada 26 Julai ini dan dijangka selesai sepenuhnya 9 Ogos depan,” katanya.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merupakan ketua bahagian tersebut.

mStar Online cuba mendapatkan penjelasan terperinci daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, namun mereka enggan memberi sebarang penjelasan rasmi.

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator