Tag Archive | "MB Selangor nafi PAS bakal bergabung dengan Umno"

MB Selangor nafi PAS bakal bergabung dengan Umno

Tags:


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan teori bahawa PAS akan bergabung dengan Umno setelah kedua-dua pihak bermuzakarah untuk kepentingan Melayu dan Islam.

“Kita berpendapat tidak timbul langsung isu itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pelatih Perempuan di Montfort Boys Town di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada Pakatan Rakyat bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan PAS keluar daripada pakatan itu dan menyertai Umno selepas beberapa laporan media sejak kebelakangan ini yang menyatakan keduadua parti politik itu pernah mengadakan muzakarah bersama.

Abdul Khalid berkata, barisan exco Pakatan Rakyat negeri itu tidak mengendahkan hal berkenaan sebaliknya masing-masing terus bekerjasama meneruskan agenda membela nasib rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lepas.

“Saya berharap kita kurangkan perbincangan politik dan banyakkan usaha kebajikan serta kerja membangunkan negeri sebab itu bila ditanya hal seperti ini saya kadangkala tidak akan jawab,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan mengenai hal politik yang terlalu kerap tidak akan menambah nilai terhadap usaha membantu rakyat.

Bagaimanapun, katanya, tidak dinafikan dalam politik perbincangan dari semasa ke semasa perlu tetapi mestilah mengikut tempoh yang sesuai.

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator