Tag Archive | "MT terima Ezam kembali ke Umno"

MT terima Ezam kembali ke Umno, Isa dibolehkan bertanding Disember ini

Tags: ,


(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menerima secara rasmi kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Nasional (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) sebagai ahli parti.

Beliau bagaimanapun tidak layak untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti tahun ini.

Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat MT Umno di Menara Dato Onn di sini, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Ezam diterima semula kerana kemasukan beliau memenuhi semua syarat.

Sebelum ini beberapa pihak mempersoalkan penerimaan semula Ezam yang pernah bertanding menentang Barisan Nasional di kerusi Parlimen Shah Alam pada pilihan raya tahun 2004.KEPUTUSAN LAIN MESYUARAT MT UMNO:

  • Hasil pertemuan retreat - permohonan keahlian Umno boleh dibuat secara online, yuran dibayar menerusi SMS, dan beberapa jawatankuasa berkaitan dengan media, agama, keahlian dan masyarakat akan ditubuhkan.
  • Pilihan raya kecil Sanglang - penyelaras keseluruhan ialah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di peringkat negeri.
  • Pemilihan Umno akan ditunda sehingga selepas pilihan raya kecil Sanglang.
  • Majlis rumah terbuka dan kenduri dibenarkan ketika kempen pemilihan.

Pada 28 Mei lalu, Mohamad Ezam menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika dihubungi mStar Online, Ezam berkata, beliau mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan parti untuk berjuang kembali bersama Umno.

“Saya akan menyokong Presiden dan Timbalan Presiden Umno dalam usaha pembaharuan dibawa parti dan membantu menentang ancaman baru politik yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan Rakyat) yang merosakan perjuangan bangsa dan negara,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keputusan tidak dibenarkan bertanding sebarang jawatan, Ezam berkata, “itu tidak menjadi masalah kerana saya memang tidak bercadang untuk merebut sebarang jawatan dalam parti.”

isa_samad_new cakap-cakapTengku Adnan juga memberitahu bahawa MT juga secara rasmi melepaskan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad (gambar) daripada hukuman penggantungan satu penggal selepas didapati bersalah terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti tahun 2004.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, Isa layak bertanding sebarang jawatan parti akhir tahun ini dengan syarat beliau telah menjelaskan yuran keahlian bagi tahun lalu selewat-lewatnya pada 31 Disember 2007.

Mesyuarat MT dipengerusikan oleh Presidenya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas mesyuarat MT Umno, Abdullah mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

BERITA TERDAHULU:

MT Umno bertemu dijangka bincang syor retreat, BN sentuh SAPP malam ini

(Kemas kini) PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang mengadakan mesyuarat manakala Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pula malam ini bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang menyentuh kedua-dua parti berkenaan -khususnya yang berkaitan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) yang ‘memberontak’ minggu lalu.

Kedua-dua mesyuarat berkenaan diadakan sejurus selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Parlimen pada sebelah pagi.

Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat MT pada pukul 3 petang dan disusuli dengan pertemuan BN pukul 8.30 malam ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertemuan MT Umno.

Mesyuarat MT Umno kali ini dijangka membincangkan pelan pemulihan parti itu susulan pertemuan retreat yang telah diadakan di Shah Alam awal bulan ini.

Ketika ditemui mStar Online di pejabatnya di Putrajaya, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, beliau yakin bahawa perkara yang telah dibincangkan dalam retreat akan dibawa mesyuarat MT kali ini.

“Ada rumusan, Presiden (Abdullah) akan umumkan. Saya tidak boleh dedahkan,” kata beliau.

Sehingga kini hasil mesyuarat itu dirahsiakan.

Bagaimanapun Muhammad menjelaskan, pertemuan retreat telah menyentuh banyak aspek, antaranya usaha pemulihan dari segi organisasi, perjuangan, peranan dan arah tuju.

Ketika ditanya sama ada syor yang dibincangkan dalam pertemuan retreat itu akan menjadi pelan induk proses pemulihan, Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata: “Mungkin, mungkin, kita kena tunggu keputusan mesyuarat MT.”

Kepada soalan sama ada Umno juga akan melakukan proses penjenamaan semula seperti parti komponen BN yang lain, beliau berkata, “boleh jadi, ada kemungkinan.”

“Tunggu sehingga mereka mutamadkan perkara itu,” katanya.

Jelas beliau, langkah yang diambil itu merupakan tindakan induk pemulihan peringkat MT.

“Tetapi di peringkat lain iaitu negeri, bahagian dan cawangan akan ada cara sendiri. Yang induk bercakap (menyentuh) secara umum, di peringkat bandar, kampung, felda, nelayan, mereka perlu datang dengan keputusan yang mereka boleh buat sendiri,” katanya.

Ketika mengulas lanjut usaha memulihkan Umno, Muhammad memberitahu, parti itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi era lima dekad akan datang.

“Lima puluh tahun (yang lalu) telah dilaksanakan dengan berjaya oleh Umno, BN dan kerajaan. Lima puluh tahun pertama lebih kepada pembangunan fizikal negara.

“Tetapi kini Umno perlu bercakap mengenai pembangunan modal insan di semua sektor, ketahanan, ketelusan, ada macam-macam suruhanjaya untuk memperbaiki keadaan, rangka pemikiran perdana perlu diberi tumpuan. Ini yang ditekankan oleh Pak Lah (Abdullah),” katanya.

Dalam pada itu, Dewan Tertinggi BN pula dijangka menentukan bentuk tindakan terhadap SAPP berikutan hasrat parti itu untuk menyokong atau membawa sebarang undi tidak percaya terhadap Abdullah.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pengurusan BN berkata, jawatakuasa itu turut menggariskan beberapa cadangan kepada Dewan Tertinggi BN mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap SAPP.

Bagaimanapun wakil SAPP tidak dijemput hadir malam ini.

Pada Sabtu lalu, SAPP menyatakan bahawa ia bersedia menghadapi apa juga tindakan berikutan keputusan dewan tertinggi BN.

Datuk Anifah Aman, yang akan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sabah ketika ditemui malam tadi memberitahu mStar Online bahawa pihaknya berharap Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee diberi peluang untuk menjelaskan pendirian pihaknya.

“Kita berharap Datuk Yong diberikan kesempatan untuk menjelaskan kedudukannya. Beliau tidak menyatakan hendak keluar BN, mungkin beliau telah menilai semula kenyataannya dan melainkan jika masih mahu kekal dengan pendiriannya, maka baru diambil tindakan,” katanya.

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator