KUALA LUMPUR: Dakwaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya empat Anggota Parlimen Barisan Nasional akan menyertai pembangkang ditimbulkannya bagi mengalih pandangan masyarakat daripada laporan liwat terhadapnya yang merupakan isu pokok melibatkan beliau sekarang, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata keempatempat orang yang kononnya akan melompat parti itu telahpun membuat penafian.
“Sekarang dia dituduh atas kes liwat dan polis sedang membuat siasatan, saya rasa biarlah tumpuan kepada isu itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhyiddin juga berkata dakwaan kes liwat terhadap Anwar tidak harus dijadikan isu politik dan mengundang pembabitan Amerika Syarikat.
“Kenapa kita nak babitkan soal peribadi kita dengan isuisu politik dan kuasa besar. Urusan Malaysia adalah urusan dalam negara kita,” katanya.
Beliau berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkaitan dengan maruah negara. BERNAMA
Article source:







