Tag Archive | "Muhyiddin masih belum putuskan jawatan ditandingi Disem"

Muhyiddin masih belum putuskan jawatan ditandingi Disember ini

Tags:


MUAR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar memberi lebih banyak tanggungjawab dan tugas-tugas lebih besar kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya peralihan kuasa yang diumumkan berkuat kuasa pada Jun 2010 memenuhi tuntutan pelbagai pihak.

Muhyiddin yakin langkah itu dapat mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap Umno dan kepada Barisan Nasional (BN), malahan menjadikan masyarakat antarabangsa yakin kepada bakal pengganti Perdana Menteri.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung cawangan-cawangan Umno Bahagian Pagoh di Sri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Muhyiddin berkata jika ini tidak dilakukan dari sekarang, pengganti Perdana Menteri kelak akan dibebani masalah sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 kelak.

Mengenai pandangannya terhadap peralihan kuasa itu, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, walaupun beliau tidak menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kerana melaksanakan tugas rasmi di Jepun, beliau menghormati keputusan Perdana Menteri.

# Najib: “Saya bukan ahli politik play-safe, sedia dicabar Disember ini’
# Pemilihan: Umno Terengganu calonkan Abdullah, Najib
# Pakatan Rakyat mampu capai sasaran 16 September?

Menyentuh tentang jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan parti Disember depan, Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, beliau hanya akan membuat keputusan selepas menerima maklum balas daripada bahagian-bahagian Umno yang akan bersidang September ini.

Katanya, masih terlalu awal untuk beliau membuat keputusan sama ada bertanding mengekalkan jawatan atau bertanding jawatan lebih tinggi.

“Saya akan menimbang semasak-masaknya selepas menerima maklum balas daripada Umno bahagian,” katanya sambil menegaskan bahawa spekulasi yang menyatakan beliau akan bertanding jawatan nombor satu atau nombor dua di dalam Umno merupakan andaian semata-mata.

Terdahulu semasa berucap, Muhyiddin berkata, sebagai tunggak utama BN, Umno harus kembali menjadi sebuah parti yang kuat bukan sahaja untuk membela anggota parti tetapi menjadi penggantungan kepada berjuta orang Melayu di negara ini.

Jika Umno kuat, kata beliau, ia bukan sahaja mendapat keyakinan daripada orang Melayu tetapi juga boleh membantu parti-parti lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan supaya mendapat sokongan daripada rakyat sebelum pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator