Tag Archive | "Musa beri keterangan pada BPR hari ini"

Gani, Musa beri keterangan pada BPR hari ini

Tags: ,


PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah hari ini mengambil keterangan dari Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung siasatan yang dijalankan badan itu terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Musa yang tiba pada kira-kira 8.25 pagi tadi keluar hampir lima jam kemudian, iaitu pada kira-kira jam 1.05 tengah hari.

Gani yang masuk ke ibu pejabat BPR pada kira-kira jam 9.50 pagi tadi bagaimanapun keluar lebih awal, iaitu pada kira-kira jam 11.40 pagi.

Beliau yang dikerumuni pemberita yang menunggu sejak awal pagi di hadapan bangunan BPR enggan memberikan sebarang keterangan.

Bagaimanapun, sebelum memasuki keretanya, Gani dengan ringkas berkata beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat.

Difahamkan, Gani terpaksa memberhentikan proses memberi keterangannya itu setelah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Kabinet.

Minggu lalu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, badan itu akan memastikan siasatan dijalankan mengikut undang-undang, telus dan profesional tanpa mengira kedudukan individu yang terlibat.

Kedua-dua mereka akan dipanggil pada bila-bila masa untuk bekerjasama BPR dalam isu tersebut, katanya.

Ahmad Said berkata Musa dan Abdul Gani akan dipanggil BPR setelah kertas laporan mengenai dakwaan Anwar disiapkan.

Laporan polis yang dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat pada awal minggu llau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Anwar dalam laporannya mendakwa Musa, yang pada masa itu ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkannya dan Abdul Gani sebagai Timbalan Pendakwa Raya paling kanan, telah memalsukan keterangan beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada tahun 1998.

Pengarah Siasatan BPR Datuk Mohd Shukri Abdull diberikan tanggungjawab mengetuai pasukan badan itu bagi menyiasat dakwaan Anwar berikutan tindakan polis menyerahkan laporan itu kepada BPR untuk disiasat.

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator