Tag Archive | "Muzakarah: PAS bersedia"

Muzakarah: PAS bersedia, Umno anggap sudah bermula

Tags: ,


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyifatkan kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno sebagai sesuatu yang amat dialu-alukan dan menimbulkan keseronokan di kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.

Beliau berkata muzakarah itu telah pun bermula secara tidak langsung apabila Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan banyak isu berhubung kepentingan Melayu dan Islam.

“Ini telah dimulakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan telah diberikan komen oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, maknanya apa yang disuarakan oleh dua pemimpin tertinggi parti itu bagi saya muzakarah secara indirect (tidak langsung),” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan PAS mempunyai helah apabila sanggup untuk bermuzakarah kerana sebelum ini bertegas enggan melakukannya, Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, parti itu telah mula melihat realiti apabila seolah dipinggirkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya fikir mereka telah mula melihat realiti bahawa ada sedikit gangguan yang berlaku (dalam pakatan pembangkang) maka nampak tidak ke mana atau tak bergerak.

“Saya sudah kesan benda ini dan nampaknya ada pihak yang terasa diketepikan dan ada pihak cuba dominate (menguasai) dan ada pihak yang rasa lebih daripada yang lain,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan itu, pakatan parti pembangkang kian rapuh dan tidak seutuh Barisan Nasional.

Semalam, Abdullah berkata Umno sedia untuk berbincang dengan PAS bagi mewujudkan persefahaman supaya perbalahan yang berkait dengan Melayu dan Islam dapat dikurangkan.

Barubaru ini, Abdul Hadi dilapor mengakui bahawa terdapat individu PAS yang mengadakan perbincangan dengan individu Umno bagi menerokai kerjasama.

Di KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan Umno mengenai perpaduan Melayu hanya jika itu adalah kehendak anggota akar umbi dan bukannya kepimpinan Umno bagi memastikan PAS tidak terjebak sekali lagi dalam “perangkap politik Umno.”

Kata beliau, cadangan untuk mengadakan perbincangan itu hendaklah datang daripada peringkat cawangan Umno yang dibawa kepada peringkat bahagian dan seterusnya ke Perhimpunan Agung Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menetapkan syarat itu kerana merasakan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam untuk mengadakan muzakarah dengan PAS lebih kepada permintaan peribadi Presiden Umno itu dan bukannya daripada kehendak Umno sebagai sebuah parti.

“Pak Lah kini dalam keadaan yang terhoyong-hayang dan dia sudah menetapkan tarikh untuk serah kuasa, jadi dalam keadaan sekarang saya  melihatnya lebih kepada permintaan peribadi.

“Dalam keadaan ini saya teringat pada (bekas Perdana Menteri Allahyarham) Tun Razak Hussein yang  pernah meminta PAS bergabung dengan Umno tetapi kami dikhianati. Saya bimbang ini adalah satu perangkap,” kata Nik Aziz kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini  hari ini.

Beliau berkata dengan cadangan daripada peringkat akar Umno itu, ianya menunjukkan keikhlasan Umno secara keseluruhan untuk mengadakan muzakarah, sekaligus mencerminkan Umno sudah menolak konsep kebangsaan yang dipegang parti itu dan menerima Islam  sebagai agama yang membawa kepada kemajuan dan bukan memecahbelahkan rakyat.

Katanya beliau tidak mahu Umno menjadikan perbincangan itu kelak kerana terdesak  kerana mahu mencaturkan semula politik akibat kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Nik Aziz juga berkata bahawa Umno sebagai parti tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menunjukkan keikhlasannya dengan tidak menyekat rancangan pembangunan yang telah disediakan di peringkat pusat kepada Kelantan.

“Seperti projek pembinaan pasar baru di Pasir Mas yang bernilai RM8 juta, tiba-tiba  projek itu disekat. Kita, kerajaan negeri, sudah bersusah payah untuk dapatkan tanah bagi  tapak kawasan projek itu, tibatiba tidak jadi. Di mana keihklasannya, ini bukannya projek mega pun,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata sehingga kini beliau belum diberitahu mengenai perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam muzakarah itu.

Beliau mencadangkan pihak ketiga dijemput sebagai orang tengah dalam muzakarah itu.

Nik Aziz juga meminta Umno memohon maaf secara terbuka kepada PAS bagi dakwaan yang pernah dibuat terhadap parti itu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa Umno pernah mengkhianati PAS, beliau  berkata perkara itu berlaku ketika Umno dalam keadaan bergolak, dan setelah PAS bersetuju bergabung, Umno telah memecahbelahkan PAS kepada tiga puak sebelum “menghalau keluar PAS”.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai rintangan yang dilaporkan wujud dalam kerjasama antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat, merupakan gembar-gembur media.

“Hakikat sebenar, kerjasama Pakatan Rakyat (yang turut melibatkan PAS), semakin kukuh,” kata Nik Aziz.

Mengenai DAP yang sebelum ini lantang menolak beberapa pandangan PAS, beliau  berkata DAP tidak pernah menipu PAS sebaliknya parti itu lebih berterus terang jika ia tidak menerima PAS.

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator