Tag Archive | "Muzakarah Umno-PAS tidak jejaskan Pakatan Rakyat- Lim"

Muzakarah Umno-PAS tidak jejaskan Pakatan Rakyat- Lim

Tags:


PULAU PINANG: Muzakarah antara Umno dan PAS tidak akan menjejaskan hubungan dan perpaduan partiparti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata tiada sebab untuk DAP atau Pakatan Rakyat merasa  bimbang atau terjejas dengan perbincangan antara PAS dan Umno itu.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, boleh dan berhak untuk berjumpa atau mengadakan perbincangan dengan sesiapa sahaja dan ia bukan perkara yang luar biasa.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh Yang Dipertua Negeri  Tun Abdul Rahman Abbas di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau sendiri pernah  menemui Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan.

Katanya Pakatan Rakyat tidak berminat kepada perkara yang  hanya menyentuh satu kaum sahaja tetapi mahu memperjuangkan  perpaduan keseluruhan rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, katanya, jika Pakatan Rakyat mengadakan  perbincangan dengan MCA atau Gerakan, ia tidak akan tertumpu  kepada isu masyarakat Cina sahaja tetapi lebih kepada isu  bangsa Malaysia.

Mengenai cadangan kerajaan negeri untuk memberi pengiktarafan termasuk elaun khas kepada Ketua  Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Lim berkata beliau telah meminta Penasihat Undang-undang untuk  menguruskan sebarang pindaan undang-undang yang diperlukan dan ia dijangka siap menjelang persidangan DUN akan datang.

“Kita rasa wajar Ketua Pembangkang diberi pengiktarafan sesuai dengan kedudukannya itu,” katanya. BERNAMA

Article source:

mSTAR Online

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator