Tag Archive | "parlimen"

Sasaran Selasa depan tak jadi? 20 September mungkin tarikh baru Pakatan - Anwar

Tags: , , , , , , , , , , , , ,


(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

“Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak… kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

“Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

“Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September,” katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

“Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan ‘menghayati Ramadan’ di Taiwan kita perlu tunggu dahulu,” katanya.

Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

“Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita,” katanya.

Article source:

mSTAR Online

Share/Save/Bookmark

YB Dato Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Ahli Parlimen

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,


Share/Save/Bookmark

YB Dato Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Ahli Parlimen

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


YB Dato Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Ahli Parlimen

Click header to watch video:

Share/Save/Bookmark

Mari Belajar Tentang Parlimen Malaysia (4 dari 4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,


Mari Belajar Tentang Parlimen Malaysia (4 dari 4)

Click header to watch video:

Share/Save/Bookmark

Mari Belajar Tentang Parlimen Malaysia (3 dari 4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,


Mari Belajar Tentang Parlimen Malaysia (3 dari 4)

Click header to watch video:

Share/Save/Bookmark

Mari Belajar Tentang Parlimen Malaysia (2 dari 4)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,


Mari Belajar Tentang Parlimen Malaysia (2 dari 4)

Click header to watch video:

Share/Save/Bookmark

3 versi senarai ‘Kabinet’ Anwar muncul di Permatang Pauh, Parlimen

Tags:


permatang_pauh cakap-cakap(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Demam pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh turut merebak ke ibu negara apabila risalah keanggotaan Jemaah Menteri 2008 pimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tersebar meluas di lobi Parlimen hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga versi senarai muncul di Permatang Pauh sejak kelmarin - hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi tersebut.

Masing-masing parti utama yang bertanding menafikan bertanggungjawab menyebarkan risalah sedemikian.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah hari ini menafikan ia dilakukan oleh BN.

Ia didapati turut diedarkan kepada pekerja-pekerja pilihan raya BN di Seberang Jaya.

Anwar juga menimbulkan taktik tersebut pada sidang media di Permatang Pauh pagi semalam.

Pengarah Strategik Pilihan Raya Kebangsaan PKR, Saifuddin Nasution sambil menyifatkannya sebagai taktik politik kotor Umno dan BN berkata, terdapat beberapa versi senarai yang diedarkan sejak semalam.

“Terdapt versi khas untuk kawasan penduduk Cina, dan terdapat versi lain untuk penduduk kawasan Melayu,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Dalam versi bagi penduduk Melayu, Perdana Menterinya ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Anwar sebagai Menteri Mentor manakala versi bagi penduduk Cina menyebut Perdana Menteri diberikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Anwar kekal sebagai Menteri Mentor.

Dalam versi yang satu lain Anwar merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Senarai tersebut mengandungi wakil ahli politik Pakatan Rakyat dalam agenda mereka ingin membentuk kerajaan menjelang 16 September depan.

Kabinet tersebut yang terdiri daripada 25 orang mempunyai tiga Timbalan Perdana Menteri tanpa memasukkan wakil PAS sebagai orang nombor dua.

Dalam risalah yang diedarkan itu, Lim dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Naib Presiden PKR, R.Sivarasah turut diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman dan Undang-undang.

Sementara Presiden Persatuan Sabah Maju, Datuk Yong Teck Lee turut dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Bandar.

Selain itu, jawatan menteri kanan Kabinet pula adalah Abdul Hadi sebagai Menteri Ehwal Agama, Presiden DAP, Karpal Singh menjadi Menteri Hal Ehwal Integriti dan Hubungan Persekutuan.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula dinamakan sebagai Menteri Kewangan II dan anak kepada Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dalam pada itu, Kit Siang yang ditemui berkata, beliau belum berpeluang melihat risalah tersebut dan tidak tahu mengenainya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang ditemui berkata, penyebaran senarai nama ahli Kabinet tersebut merupakan satu niat jahat terhadap Anwar.

“Kami sangat kesal dengan tindakan murahan ini. Ini merupakan satu propaganda di saat kita sedang mengharungi pertarungan politik.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tegasnya, terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan untuk memperoleh sokongan daripada rakyat.

“Rakyat tidak akan tertipu dengan dakyah sedemikian, rakyat peka dengan apa yang berlaku,” katanya.

Tambah beliau, pembangkang tahu siapa dalang di sebalik penyebaran risalah itu namun beliau enggan mendedahkannya.

“Kami tahu siapa dalang di sebalik penyebaran risalah ini.Saya tidak perlu menamakan mereka,” katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, penyebaran risalah itu didalangi oleh pihak yang takut mereka akan tewas dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek berkata, perbuatan menyebarkan risalah tersebut bukan dari Umno mahupun BN.

“Saya tidak tahu siapa yang meyebarkannya. Ia bukan dari Umno mahupun BN,” katanya di sini.

Article source:

mSTAR Online

Share/Save/Bookmark

Mencarut Dalam Parlimen | Siaran Langsung

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,


Malaysian Parliament

Thanks to Malaysianews - LOL I wonder how he has the time to mix all the videos. I shall seek advice from him one of these days :)

Share/Save/Bookmark

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 4

Tags: , , , ,


Click header to watch video:

Share/Save/Bookmark

Site Sponsors

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Your Ads Here

Add to Technorati Favorites

Calendar

December 2008
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

Voice of Malaysian

↑ Grab this Headline Animator