KUALA LUMPUR: Menjelang persidangan perwakilan bahagian yang bermula esok, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen hari ini memberi amaran kepada ahli-ahli Umno yang bertanding tidak amalkan politik wang.
“Saya ingin memberi amaran kepada sesiapa yang bertanding, tidak bertanding atau minat seseorang calon juga gunakan politik wang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Disiplin di sini hari ini.
Setakat ini lembaga berkenaan telah menerima 512 aduan politik wang.
Tegas beliau, amalan politik wang perlu dihapuskan agar ia tidak memusnahkan Umno sendiri.
“Parti kita nak hapuskan politik wang, sudah jadi tanggungjawab Lembaga Disiplin untuk merealisasikan matlamat tersebut,” katanya lagi.
Article source”







