YB Dato Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Ahli Parlimen
Click header to watch video:
![]() (Dikemas kini) PETALING JAYA: Kesan muzakarah Umno-PAS sukar untuk diramalkan? .
Demikian rumusan Profesor Dr. Chandra Muzaffar ketika diminta mengulas kesan pertemuan membabitkan Umno-PAS yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) semalam mengesahkan beliau telah tiga kali menemui tiga pemimpin PAS termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) sejak Mac lalu Malah kata Chandra, sukar untuk menentukan bila muzakarah kedua-dua parti itu akan membuahkan hasil yang diharapkan. Ketika matlamat muzakarah masih belum jelas, Presiden JUST itu memberitahu, jika pertemuan tersebut bertujuan membincangkan soal agama sebagaimana telah diumumkan sebelum ini, ia merupakan satu usaha baik. Dari sudut agama, kata beliau, ia akan membolehkan Islam dilihat sebagai agama universal dan menerima manusia daripada semua agama. “Bagaimanapun saya masih belum jelas setakat ini matlamat pertemuan ini. Kalau ia hanya melihat kaum tertentu, ia tidak akan memanfaatkan,” kata beliau dan menambah, kemungkinan pertemuan itu akan menyumbang kepada kelahiran masyarakat yang lebih terbuka ataupun masyarakat yang kurang terbuka. “Melahirkan masyarakat yang lebih terbuka ataupun masyarakat yang kurang terbuka,” katanya. Beliau berharap pertemuan itu dapat melahirkan masyarakat universal yang cenderung menilai nilai sejagat. Bagaimanapun kata beliau, jika muzakarah antara Umno-PAS membincangkan soal politik semata-mata ia kemungkinan menyumbang kepada caturan politik yang lebih besar dengan mengambil kira suasana politik semasa. “Mungkin soal agama tiada masalah tetapi kalau hendak bincang soal kerjasama politik, kesan caturan politik lebih serius memandangkan PAS masih merupakan anggota komponen Pakatan Rakyat,” katanya lagi. Semalam Abdullah mengesahkan beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS sebanyak tiga kali bagi membincangkan soal agama Islam dan perpaduan orang Melayu. Ia turut disahkan oleh dua pemimpin kanan PAS masing-masing Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin kepada mStar Online. Ketika ditemui mStar Online, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah jika ia boleh memanfaatkan Islam dan semua. Bagaimanapun jelas Abdullah, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata, pemimpin PAS yang menghadiri perjumpaan itu adalah “orang yang boleh membuat keputusan” yang yang seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Abdul Hadi. Tetapi Abdul Hadi kemudian memberitahu mStar Online bahawa beliau tidak hadir, sebaliknya diwakili tiga pemimpin kanan yang lain termasuk Nasharudin. Dalam pada itu, Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, tindakan Abdullah yang tidak mahu mendedahkan butiran lanjut berhubung muzakarah yang telah tiga kali berlangsung itu adalah betul memandangkan pertemuan antara kedua-dua parti itu masih di peringkat awal. “Di peringkat awal, elok dirahsiakan bagi elak pelbagai reaksi dan kekeliruan. “Bagaimanapun, yang paling penting di sini, ada usaha antara Umno dan PAS untuk mengelakkan perselisihan berterusan antara mereka demi perpaduan orang Melayu. “Bila sudah ada satu kejayaan besar nanti, ia perlulah dihebahkan,” katanya ketika dihubungi. Agus berkata, apa yang penting daripada muzakarah itu adalah mencari titik perbezaan yang menjarakkan kedua-dua parti itu selama ini kerana perbezaan antara mereka sudah timbul sejak dahulu lagi. “Kalau Pak Lah (Abdullah) kata macam ini, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kata macam itu, begitu juga sebaliknya tetapi dalam politik, itu perkara biasa. “Memang Umno dan PAS mempunyai ideologi berbeza tetapi yang penting, asas perpaduan antara mereka iaitu memperjuangkan masa depan orang Melayu itu ada,” katanya. Agus berkata, kedua-dua parti boleh mengambil selama mana mungkin tempoh untuk bermuzakarah kerana orang Melayu mengharapkan impak besar. “Bila ada impak besar, kita boleh libatkan pemimpin-pemimpin Melayu lain termasuk (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana beliau juga seorang Melayu dan mempunyai pengaruh. “Bagaimanapun, pada tahap ini, biarlah Umno dan PAS sahaja yang bermuzakarah,” katanya. Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Prof. Madya. Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, pendedahan awal kemungkinan tidak dilakukan kerana wujud dua golongan dalam PAS iaitu yang menyokong dan tidak menyokong muzakarah Umno-PAS. “Golongan yng tidak menyokong mempertikaikan mengapa selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu, baru Umno berminat untuk bermuzakarah, mengapa tidak daripada dulu lagi? “Bagaimanapun, bagi yang menyokong, mereka memang ada keinginan untuk memikirkan masalah yang dihadapi orang Melayu pada masa ini tanpa mengira parti kerana mereka dapat lihat pada masa ini, orang Melayu masih ketinggalan termasuk dari segi ekonomi dan pendidikan,” katanya. Nizammuddin berkata, kedua-dua pihak memang ikhlas untuk bermuzakarah kerana melihat kedudukan orang Melayu yang semakin goyah dan terhimpit ditambah lagi dengan kebangkitan kaum-kaum lain yang mahu menuntut hak yang sama. “Pada masa ini kita dapat lihat, kaum lain juga mahukan hak yang sama melalui kebangkitan Hindraf dan isu-isu yang ditimbulkan seperti kontrak sosial dan meritokrasi. “Justeru, muzakarah antara dua parti yang sememangnya khusus untuk orang Melayu ini harus diadakan dan sekarang terbukti usaha itu memang ada,” katanya. Ditanya sama ada Anwar juga perlu dipanggil untuk bermuzakarah, Nizammuddin berkata, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mempunyai pandangan yang berbeza tentang hak orang Melayu. “PKR memikirkan orang Melayu tetapi dengan cara yang berbeza di mana mereka tidak menolak Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan hak Melayu di negara ini tetapi mengambil pendekatan yang lebih universal,” katanya. Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, Umno-PAS kemungkinan mahu mencapai kata sepakat sebelum meluahkan pandangan dan hasil muzakarah kepada umum. Beliau turut bersetuju bahawa terdapat segelintir ahli-ahli PAS yang menentang dan berasa tidak selesa apabila pemimpin tertinggi mereka duduk semeja kerana bagi mereka, kedua-dua parti itu memang tidak boleh bersatu. “Kita perlu ingat isu-isu yang mungkin tidak dapat dilupakan mereka termasuk amanat Hadi dan kafir-mengkafir antara Umno-PAS suatu ketika dulu dan kedua-dua parti itu sama-sama mahu tonjolkan siapa yang lebih Islam,” katanya. Bagaimanapun Azeem berkata, muzakarah ini merupakan percubaan kedua-dua parti untuk meraih undi Melayu terutama di luar bandar. “Latar belakang pengundi mereka adalah sama dan prinsip perjuangan juga hampir sama iaitu memperjuang Islam. Cuma Umno dilihat lebih sekular dan PAS lebih rapat dengan Islam. “Justeru, medium muzakarah ini boleh digunakan untuk meraih kembali sokongan pengundi terutamanya kepada Umno dan bagi PAS, walaupun mereka mempunyai Menteri Besar di tiga negeri tetapi mereka hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah kerana di Perak, DAP mempunyai lebih banyak kerusi. “Ideologi PAS dan DAP nyata berbeza apabila PAS mahukan sebuah negara Islam sedangkan DAP dengan Malaysian Malaysia,” katanya. Selain itu, Azeem berkata, kepimpinan Abdullah yang tidak mengkritik hebat perjuangan PAS menyebabkan parti itu terbuka hati untuk bermuzakarah. “PAS mungkin bersetuju bermuzakarah kerana Pak Lah tidak mengkritik hebat parti itu berbanding Tun Mahathir yang mengambil pendekatan agresif mengkritik mereka,” katanya. Azeem berkata, titik pertemuan Umno-PAS ini membolehkan mereka mempromosi kepentingan Melayu dan politik antara kedua-dua parti itu selepas ini akan menjadi lebih sihat.
BERITA TERDAHULU: Muzakarah: 3 pemimpin PAS bertemu Pak Lah 3 kali, PKR pun sedia jika bawa manfaat (Dikemas kini) PUTRAJAYA: Perkembangan terbaru dalam isu syor muzakarah Umno-PAS! Hari ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS sebanyak tiga kali bagi membincangkan soal agama Islam dan perpaduan orang Melayu. Ia turut disahkan oleh dua pemimpin kanan PAS masing-masing Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa kepada mStar Online. Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga menyatakan kesediaan jika ia boleh memanfaatkan Islam dan semua. Abdullah yang juga Presiden Umno bagaimanapun enggan menyatakan bila pertemuan itu diadakan dan pemimpin-pemimpin yang menyertai pertemuan tersebut. Bagaimanapun jelas beliau, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan. “Saya dah ada pertemuan sebenarnya, dan pertemuan ini pada peringkat awal. Tak perlulah saya bagi maklumat yang lain, nanti saudara buat spekulasi yang bukan-bukan. “Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya….(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan,” kata beliau. Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pengisytiharan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Sambutan Hari Koperasi Negara 2008 di sini. Beliau berkata, pemimpin PAS yang menghadiri perjumpaan itu adalah “orang yang boleh membuat keputusan” yang yang seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Abdul Hadi. Tetapi Abdul Hadi kemudian memberitahu mStar Online bahawa beliau tidak hadir, sebaliknya diwakili tiga pemimpin kanan yang lain termasuk Nasharudin. Isu muzakarah mula diperkatakan sejak dua bulan lalu. Dalam temu bual dengan Harakah, Abdul Hadi juga mendedahkan bahawa usaha ke arah muzakarah kedua-dua parti sudahpun dimulakan. Abdul Hadi menerusi wawancara itu menyatakan bahawa Pas berhak mengadakan rundingan bersama UMNO tanpa perlu merujuk dengan manamana parti dalam pakatan pembangkang untuk menyampaikan mesej Islam. Dalam kenyataan semalam, kata Abdullah, perpaduan Melayu perlu diperkukuhkan kerana mereka menghadapi pelbagai cabaran baru. Abdullah berkata beliau juga mahu melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam negara ini kerana orang Melayu tidak dapat dipisahkan. Pada sidang media pagi ini, ketika ditanya sama beliau ada meletakkan syarat-syarat berhubung pertemuan itu, Abdullah berkata, itu semua tidak perlu dan pada peringkat ini, kedua-dua pihak hanya mahu mengadakan perbincangan antara mereka tanpa kehadiran pihak ketiga. Kata beliau, perpaduan masyarakat Islam Malaysia menyumbang kepada imej dan perpaduan lebih baik ummah Islam dunia. Katanya, antara isu yang dibincangkan adalah berhubung hal agama iaitu supaya tidak timbul perbalahan berhubung hal-hal yang berkaitan dengan Islam. “Kita sudah muafakat apa yang perlu dijalankan dan jangan bergaduh atas isu agama misalnya. “Kalau hal agama jadi isu politik, dia akan bawa masalah… Itu satu tajuk, ada tajuk lain..tak payahlah saya huraikan,” katanya. Abdullah juga berkata, perjumpaan itu tidak membincangkan apa-apa kerjasama dengan pihak lain termasuk daripada PKR dan DAP. Sementara itu, dalam pertemuan dengan mStar Online di Bukit Segambut, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menyifatkan muzakarah antara Umno dan PAS yang diperkatakan bukan satu masalah bagi Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP. Malah, kata beliau, PKR juga bersedia untuk berbincang dengan Umno jika usaha itu boleh membawa kebaikan masyarakat Melayu dan negara. “Sebab apa, kita dalam Malaysia, kita hendak yang terbaik untuk rakyat… macam debat (kenaikan harga minyak pada Selasa lalu), antara Keadilan dan Umno. Kita hendak berbincang boleh…,” kata beliau dalam temu bual sehari selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan atas jaminan polis. Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, PKR juga bersedia berbincang dengan Umno tetapi biarlah bersifat ’secara terbuka’. “Kita hendak berbincang boleh, tapi tengoklah cara mana Menteri (Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek) bercakap, tak ada apa-apa isu, serang soal peribadi Anwar… apa kena-mengena dengan kejadian tahun 74 (demonstrasi),” katanya. Mengenai muzakarah antara Umno-PAS, Dr. Wan Azizah memberitahu, “tidak apa-apa, kalau PAS, dan sesiapa pun (berbincang).” “Kalau bercakap mengenai isu Melayu, Islam, apakah tidak, kita komponen parti (Pakatan Rakyat) itu menghalang?… Tidak, kita boleh bercakap tentang itu, diberitahu kepada (kami) oleh PAS, DAP mengetahui perkara ini, tidak menjadi masalah,” katanya. Dr. Wan Azizah dan Naib Presiden PKR, Mohd. Azmin Ahli pernah menemui Abdullah dua kali sejak isu dakwaan terbaru dihadapi Anwar sejak hujung bulan lalu. Sementara itu, Nasharudin ketika dihubungi mStar Online hari ini, turut mengakui perkara itu namun enggan mengulas lanjut. “Saya tidak menafikan apa yang dikatakan Pak Lah (berhubung perjumpaan sebanyak tiga kali) itu betul. “Bagaimanapun, saya tidak dapat mengulas lebih kerana PAS akan mengeluarkan kenyataan berhubung hal itu esok,” katanya. Di KOTA BAHARU, Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, Umno di peringkat bawahan telah lama mewujudkan perbincangan dengan Pas mengenai isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu berkata, beliau sendiri sentiasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pas dan PKR. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis perasmian berkelompok mesyuarat agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan-cawangan bahagian Ketereh semalam, Alwi berharap kedua-dua belah pihak ikhlas membincangkan masa depan umat Islam sambil mengetepikan perbezaan pandangan. Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang meminta adanya pihak ketiga sebagai hakim dalam muzakarah PAS-Umno yang dicadangkan. Pun begitu Nik Aziz juga pernah menyuarakan pendapat bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk parti itu bermuzakarah dengan Umno yang didakwanya kini berhadapan dengan kemelut kepimpinan. Nik Aziz bagaimanapun tidak menolak bermuzakarah jika gesaan itu datangnya daripada akar umbi, diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno dan Umno membuktikan parti itu ingin kembali kepada pendekatan Islam sebenar. Tiga hari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PAS tidak harus meletakkan sebarang syarat untuk bermuzakarah jika parti itu benar-benar berminat untuk mengutamakan perpaduan umat Islam di negara ini.
Article source: |
Monday, April 21, 2008
Exit Plan Untuk Kebaikan
Dua catatan terakhir saya mengenai peralihan kuasa mendapat respon yang pelbagai. Apa yang saya cuba tulis ialah satu analisis senario politik semasa mengikut pandangan dan pemerhatian sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Tujuan saya ialah supaya pimpinan tertinggi UMNO dapat memikirkan secara positif isu pergelutan politik ini dan mengambil langkah-langkah proaktif. Sekurang-kurangnya bagaimana untuk mengelak perkara tersebut dari menjadi kenyataan.
Untuk melaksanakan peralihan kuasa, sama ada sekarang, akan datang atau pun tiada peralihan langsung, itu adalah hak YAB Perdana Menteri. Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.
Selain itu, ahli-ahli UMNO juga mempunyai kuasa dan hak menentukan kedudukan kepimpinan parti. Saya hanya berharap jika ada exit plan dikemukakan awal, maka tiada satu pertandingan yang terlalu sengit sehingga memecah belahkan parti akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing. Saya cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada saya. Saya fikir pandangan-pandangan ini amat relevan dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada kepimpinan parti dan negara.
Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan.
Sebab itu dalam catatan pertama saya mengenai peralihan kuasa (ini juga saya sebut dalam forum mykmu.net di Hotel Singgahsana), UMNO, BN dan Kerajaan harus datang dengan satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia.
Semua ini, sama ada cakap-cakap mengenai perubahan kepimpinan mahu pun perubahan pendekatan dalam kerajaan dan parti, adalah bertujuan mengukuhkan UMNO sebagai parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara.
Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Monday, April 21, 2008